Bunga telang dapat mengatasi virus corona

Bunga telang dapat mengatasi virus corona. Virus covid-19  ini adalah virus yang ditakuti diseluruh dunia. Bunga telang dipercayai mampu untuk mengawal penularan penyakit satu ini. Selain itu, bunga ini juga memberikan banyak manfaat lain yang mungkin belum diketahui umum. Berikut beberapa manfaat bunga telang untuk kesihatan.



Pokok Bunga Telang

Bunga Telang yang mempunyai nama latin Clitoria ternatea ini mudah ditemukan di kawasan persekitaran rumah atau di pinggir hutan. Bunga dengan warna biru tua itu ternyata boleh dijadikan minuman segar yang dipercayai dapat memperkuat anti-body tubuh badan manusia sehingga mampu mencegah penularan virus covid 19. 

Tahukah anda bahawa bunga telang memberi banyak manfaat untuk kesihatan selain dijadikan perwarna makanan secara semula jadi bebas bahan kimia. Tumbuhan berjala ini merupakan tumbuhan yang berasal daripada asia. Warnanya yang berwarna biri tua menjadikan tumbuhan ini sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan untuk mempercantik halaman.

Pokok bunga telang sangat penting dan dijadikan tanaman wajib kerana penggunaanya yang berperanan penting sebagai perwarna makanan terutama di negeri Kelantan, Malaysia kerana menjadi bahan utama dalam pembuatan nasi kerabu.

Manfaat Bunga Telang untuk Kesihatan;

Mencegah penularan Virus Corona

    Daun dan bunga telang dapat meningkatkan  imunitasi tubuh atau meningkatkan daya tahan tubuh. Bunga telang ini berfungsi seperti vitamin C. Caranya dengan mengamalkan meminum air rebusan bunga telang seperti teh dan sirup bunga telang. Bagi mereka yang suka rasa sedikit masam tambahkan perahan jus limau nipis atau kasturi.

Penawar Racun

    Air rebusan bunga telang mempunyai kemampuan untuk merawat dan membuang racun di dalam badan manusia. Cara penggunaannya cukup mudah iaitu merebus beberapa kuntum bunga telang dengan air bersih yang direbus lebih kurang selama 10 minit. Untuk menambahkan rasa boleh dicampurkan dengan madu atau gula dan perahan jus limau kedalam teh bunga telang yang disediakan tadi.

Melancarkan Haid bagi Wanita

    Ramuan yang berasaskan bunga telang ini dimanfaatkan untuk merawat ganguan kitar haid yang tidak menentu dan merawat sengugut serta melancarkan peredaran keluarnya darah haid. Cara memanfaatkan adalah dengan meminum air rebusan bunga telang atau air rebusan akar bunga telang putih. Ini juga dapat merawat masalah bisul.

Mengubati Masalah Kulit Seperti Bisul dan Jerawat

    Timbulanya bisul atau bengak pada kulit boleh dirawat dengan ramuan berasaskan bunga telang yang ditumbuk atau dihaluskan bersama gula melaka. Gunakan bahan yang ditumbuk halus tersebut lalu sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah dan dikawasan terkena bisul. Manakala bagi masalah jerawat gunakan bahagian akar, daun atau bunga dengan menghaluskanya dan sapukan pada tempat yang berjerawat.

Membersihkan Mata dan Merawat Sakit Mata

    Manfaat bunga telang telah banyak dimanfaatkan oleh sebahagian besar masyarakat untuk merawat masalah berkaitan penglihatan seperti sakit mata juga dipercayai dapat merawat masalah rabun mata. Cara penggunaanya cukup mudah, campurkan 5 kuntum bunga telang dengan 50 ml air lalu meramaskan kedua bahan ini. Tapiskan air tersebut untuk menghindari dari hampas bunga tersebut dan titiskan kedalam mata.

Menghitamkan dan Menguatkan Rambut

    Khasiat bunga telang sesuai digunakan untuk menghitamkan dan menguatkan rambut. Cara penggunaannya adalah dengan hanya meramaskan bunga telang dengan air dan diramas dikepala seperti penggunaan syampu.

Mengubati Sakit Telinga

    Untuk mengubati ganguan pada telingga, gunakan daun bunga telang. Cara penggunaanya ramaskan dau bunga telang kedalam air dan tambahkan sedikit garam dan sapukan pada bahagian telinga yang terasa sakit, Lakukan langkah ini dengan sering.

Sebagai Detox

    Bunga telang juga membantu mendetox tubuh untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi secara rutin dapat mendetox tubuh badan untuk nampak lebih kurus. Bunga telang sekitar 7 kuntum dicampur dengan air panas tambahkan sedikit gula dan perahan limau nipis adalah cara terbaik untuk minuman detox.

Mengubati Batuk

    Akar bunga telang dapat mengubati batuk. Caranya dengan cara merebus akar bunga telang lalu diminum selagi air tersebut masih dalam keadaan hangan. Seeloknya dengan meminum 3 kali sehari secara rutin.

Merangsang Memori

    Di India bunga telang dikenali dengan nama Shankupushpam. Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan. Sering meminum air rebusan bunga telang dapat meningkatkan sistem otak dan meningkatkan igatan.


Penyediaan yang mudah dan ringkas dengan rasa yang sedap mesti setiap orang mampu untuk mengamalkannya. Banyak khasiat dan kebaikan dari bunga telang. Itulan 10 manfaat bunga telang yang dapat saya kongsikan di dalam artikal ini. Saya percaya terdapat banyak lagi manfaat daripada tumbuhan kekacang ini cuma saja kita masih belum mengetahui rahsianya.

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meluangkan masa membaca artikal ini. Saya amat menghargai. Jika ada kesalahan dalam penyampaian diatas saya memohon maaf. Jangan lupa untuk berkongsi agar semua orang dapat mengetahui manfaat mengenai bunga ini. Kami percaya setiap tumbuhan punya cerita.

Comments